Tuesday, 27 November 2012

getah

                     Getah



Getah merupakan sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid (dikenali sebagai susu getah atau lateks) dalam sap beberapa jenis pokok, antaranya adalah pokok Getah. Terdapat juga getah tirun yang dihasilkan secara sintetik..


Sejarah ringkas

  • Ahli kimia Inggeris bernama Joseph Priestley mendapati bahan ini boleh memadam tulisan dengan cara menggosoknya . Perkataan Inggeris 'rub' telah ditukar kepada 'rubber' yang bermaksud pemadam.
  • 1820 Thomas Hancock berbangsa Inggeris telah mencipta mesin yang dapat melembut , mencampur dan membentuk getah. Akhirnya dapat membuat barang-barang pengguna . Kain yang disalut dengan larutan getah boleh menjadi kain kedap air.
  • 1823 kain berlapis getah pertama dicipta.
  • 1850-an getah datang dari benua Amerika Selatan di mana pokok getah ditanam secara liar dengan iklim yang panas dan lembab. Getah telah dimajukan untuk membuat hos, tali penyangkut , lapik lantai dan kasut.
  • 1900 terdapat 2500 hektar kebun getah di Asia.
  • 1910 terdapat 500,000 hentar tanah yang ditanam pokok getah di Asia. Enam juta hektar pokok getah masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tayar getah.

Barang-barang / alat-alat yang digunakan untuk menoreh dan memprosese  ialah

- pisau yang di gunakan oleh penoreh
* Inilah pisau getah yang jenis sodok


-  ia mempunyai cara penoreh tersendiri
-  mesin-mesin juga di gunakan untuk prosesan

    contoh gambar-gambar mesin ialah :

Mesin ni akan digunakan semasa Lepas kutip susu getah dan diproses pula menjadi getah keping.

Bentuk

-  Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan  
    mencampur asid formik, digelek dalam mesin penggelek. Kepingan getah yang diasap di
    rumah asap
dijadikan getah asap keping berbunga .

-   Susu getah cair dipanggil lateks.


Kegunaan

Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.
Landasan keretapi juga menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan. Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.
Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.
Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.
Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.


Masa depan

Pada suatu masa, getah sintatik bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta.
  • Harga getah sintatik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal.
  • Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang.
  • Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.

Monday, 26 November 2012

Pelancongan Sukan & Rekreasi

                          Sukan
                         
            Le Tour De Langkawi



Le Tour de Langkawi namanya berasal dari Perancis/bahasa peracis.. Masud Le Tour de Langkawi ialah "Jelajah Langkawi".Le tour de Langkawi  ini ialah acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia semenjak tahun 1996. Namanya berasal dari titik permulaan di edisi-edisi terawalnya, di Langkawi, Kedah, tetapi ada edisi yang tidak diadakan di Langkawi. Perlumbaan ini merupakan sebahagian Lawatan Asia UCI.
Dalam perlumbaan/acara lumba basikal ini empat jersi menjadi rebutan dalam perlumbaan, iaitu pemenang perlumbaan; pemecut terbaik; king of the mountains dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, terdapat dua gelaran pasukan sebagai pengiktirafan kepada pasukan terbaik dan juga pasukan Asia terbaik.
Jelajah ini merupakan acara lumba basikal terbesar di Asia, dan juga satu-satunya di Asia yang ada dua hors catégorie..


                                    Perlumbaan

Perlumbaan ini merupakan gagasan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, beserta Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel, berjaya dianjurkan buat julung kalinya pada tahun 1996. Pada edisi-edisi terawalnya, jelajah sentiasa bermula di Langkawi, tetapi kebelakangan ini tidak pula. Jelajah ini juga mengunjungi Sabah dan Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah kali ini. Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan kriterium 12 pusingan di Dataran Merdeka.
Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006. Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis terbuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini terpaksa tidak mengambil markah..
   

                                                  
                                                               
                                                                       penamat

Pada pandangan saya kita perlu memperbanyakan lagi sukan bertaraf antarabangsa sebegini dan sebagainya,perlu memberi pendorongan terhadap anak muda negara kita untuk memupuk minat mereka terhadap sukan jikalau sedemekian penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaat-manfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.