Wednesday, 21 November 2012

Tahu ka anda bertapa bestnya di pulau payar


                                                              
Wow  indahnya  
pulau payar

Pulau payar merupakan satu-satunya taman laut yang terdapat di sebelah utara tanah air.

JOM BERCUTI DI PULAU PAYAR !!


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya ingin berkongsi dengan anda semua serba sedikit tentang kisah saya pergi ke pulau payar dengan semua  kawan-kawan kelas saya . Pulau Payar terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Jika anda berada di Langkawi, lebih baik menaiki feri dari jeti Langkawi .Anda boleh menaiki feri yang bernama Langkawi.Coral ,mengambil masa kira-kira 1.30 minit untuk tiba ke Pulau Payar.

Setelah kami semua tiba di jeti point langkawi,kami semua perlu menunggu selama 20 minit utnuk ketibaan feri kami ini semua sebabkan kami datang awal sangat. hihihihi
Setelah sampai masanya pesyarah beri arahan supaya berkumpul di satu tempat untuk mendapat penanda pelepasan setelah perlu memakainya dan pastikan benda tu tidak hilang. selepas itu pensyarah kami
memberi taklimat dan nasihat supaya berdisplin semasa berada disana.Kami semua terus bergerak ke dalam jeti untuk manaiki feri yang telah sampai...


  • Di dalam ferry Seorang Guide/Customer service telah banyak memberi tip kepada
    kami semua
    (bak kata pak cik ni jangan masam-masam muka SENYUM LA SELALU okay)
     hihhihhhiihihi

Pada awalnya saya ingatkan pergi pulau payar ni macam pergi ke island Hoping ..
owh!!!rupanya tidak ... naik ferry sama seperti naik ferry dari kuala kedah ke Langkawi...
perjalanan dari jetty Langkawi ke Pulau Payar mengambil masa kira-kira satu jam setenggah perjalanan lebih kurang 35Km dari Pulau Langkawi..


kami semua telah pun sampai di jeti pertama pulau payar iaitu jetty ferry
(Langkawi coral)
Selepas sampai di Langkawi Coral perlu menunggu bot yang seterusnya dan di sini diberinya jaket keselamatan untuk menjaga keselamatan pelancong .. Ferry ke pulau payar ni tak boleh berlabuh di jetty..sebab ferry yang kami naikki itu ala-ala cruise la juga...Ferry berlabuh agak jauh dari jetty yang lagi satu ,selepas tibanya  kami semua kena naik bot ala-ala tongkang bawa barang tuh...
tapi ni tongkang bawa pelancong nah.. Ada kerusi ok ,agak kurang selesa juga la sebab kedudukan kerusi tu agak tak ok ..Bot ni mengambil masa kira-kira 5 minit ja untuk pergi ke jetty pulau payar.


Alhamdulillah akhirnya kami semua telah pun sampai di pulau payar ni haaa


Sebab-sebab pulau payar menjadi salah sebuah pulau tarikan pelancongnya adalah

  • Taman laut ini menjadi tarikan kerana taburan batu karang di sekeliling empat buah pulaunya yang sesuai untuk aktiviti berenang, snorkeling dan menyelam.
  • empat buah pulaunya ialah
    * Pulau Lembu
    * Pulau Kaca
    * Pulau Payar 

    * Pulau Segantang.

    Kawasan pantainya terlindung dari pukulan ombak dan ini membuatkan airnya tenang dan sentiasa jernih yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan hidupan marin.
    Pulau Payar mempunyai empat kawasan berpantai sepanjang kira-kira 200 meter keseluruhannya, yang airnya cetek dan sesuai sebagai kawasan untuk berenang dan snorkeling.

    Terdapat beribu-ribu spesies hidupan laut di Taman Laut Negara Pulau Payar yang dianggap antara tempat terbaik untuk menikmati keindahan dasar laut.

    Purata kejernihan airnya sehingga pada kedalaman kira-kira sembilan meter hingga 15 meter memberi keseronokan kepada penyelam yang boleh melakukan aktiviti itu pada bila-bila masa sahaja.

    Para penyelam pula mempunyai pilihan sama ada menyelam di kawasan datar di sebelah timur Pulau Payar ataupun di kawasan curam di sebelah barat Pulau Payar dan di sekeliling Pulau Segantang.

    Melakukan jungle trekking untuk melihat pemandangan di atas puncak P.Payar
    kelemahan yang terdapat di pualu payar ialah
    • makanan = kurang sedap
    • tandas = kebanyakan pintu yang rosak dan tandas kurang bersih.
    • surau =  perlu buat dua bahagia untuk lelaki satu bhgian n untuk perempuan satu bhgian kerana
                    kini mempunyai satu bahagian sahaja,kurang selesa bagi kaum wanita semasa
                    mereaka soalat
    • keselamtan =  tangga/jalan jungle trekking kurang memuaskan.





      cadangan
      • perlu menitikberatkan tentang kawasan2 dan barang2 yang telah mengalami kerosakan kerana pulau payar tempat pelancong yang terkenal di kalangan rakyat malaysia dan orang luar negara ..jikalau seberginilah keadaan kemungkinan besar nama baik negara dan bidang pelancongan tidak akan maju walaupun perkara ni tidak besar.oleh itu perlu menitik beratkan tentang perkara2 di atas untuk kebaikan semua orang ..

        sekian terima kasih <3







No comments:

Post a Comment