Monday, 26 November 2012

Hari Raya Aidilfitri


selamat hari raya 



 NAMA PERAYAAN/NAMA LAIN

 Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagiHari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia jugadinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), ShemaiEid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).


PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di seluruhdunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayuyang beragama Islam.


TARIKH/TEMPOH MASA DIRAYAKAN

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara iaitumelalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melaluirukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikanoleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat  yang strategik.


TUJUAN PERAYAAN

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapatmengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan danminum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaanmenghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di manasekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.




                                                            LATAR BELAKANG

SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Bagindamendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. ApabilaRasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turuntemurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikandua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Rayakorban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan ituadalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapatmengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sajamenang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada sianghari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkaradilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allahmenganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripadakemenangan itu.Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadianmanusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari rayaitu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hariraya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalamsebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “  Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akanmati, iaitu hari kiamat. ”Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkanukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perludiingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnyamelakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-matauntuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.Pada zamanRasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, katasahabat ini: "
Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.
”Lalu baginda segera bertanya: “
 Kenapa wahai saudaraku?
” Lelaki itu berkata: "
 Kerana saya tidak ada baju baru.
"Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna  Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakatkita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.Satulagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satukewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah:
zakatfitrah
Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yangtidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkansyariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangandan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.


INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam.Di rumah,individu yangakan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.


TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKAN

Tempat sambutan Hari Raya Puasa dijalankan di Masjid pada waktu pagi.Selainitu,sambutan ini juga disambut di desa.Mereka akan berkumpul satu keluarga pulang kedesa untuk menyambut Hari Raya.Selain itu,kubur adalah tempat khusus kerana padawaktu pagi umat islam akan menziarahi keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.



                                               PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN




SEBELUM PERAYAAN


         
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telahdirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan ditelevisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.Bank ,sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara,kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampunghalaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

BULAN RAMADHAN


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihanyang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supayadijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"



SEMASA PERAYAAN


                                                    
Pada pagi raya,umat islam bersarapan pagi untuk isi perut.Selepas itu mereka bermaaf-maafan dengan orang yang lebih tua.Umat islam pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah selepas bermaaf-maafan.Umat islam pergi menziarahi kubur keluarga yangtelah meninggal dunia.Selesai menziarahi kubur,umat islam pergi ke rumah sedara-maramereka yng terdekat dan ke rumah kawan-kawan.Bagi yang kanak-kanak,mereka akandapat ‘Duit Raya’ dari orang tua atau tuan rumah.



SELEPAS PERAYAAN

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islamseterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.



PERATURAN/PANTANG-LARANG/AMALAN SAMPINGAN

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari RayaAidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat  Hari RayaAidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusaramereka dan menghadiahkanSurah  Al-Fatihah atau bacaansurah  Yaasin. Kemudianmereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalahhari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan dikalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular padaHari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak  melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya,sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning.Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.Sudutagama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turunke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagaisimbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surauatau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Alik.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambilmengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar (هنعلاىضر) menyebutkan bahawa:"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang padamasjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalamkuburnya. " Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupunsepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akandipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.




                                                              KESAN PERAYAAN





KELUARGA

                                          
Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesamakeluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak  bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanyasanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan harikemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.



PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.DiHari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalanrutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduandan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.



PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung keranaramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana merekadatang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongannegara.



KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapatmenunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Harikemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulanRamadhan.



Kata-kata terakhir saya/faedah yang semua orang  akan dapat ialah

kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotism yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya sediakan  ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaanyang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada diMalaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara Malaysia. Salam Satu Malayasia.











1 comment: