Le Tour De Langkawi
Le Tour de Langkawi namanya berasal dari Perancis/bahasa peracis.. Masud Le Tour de Langkawi ialah "Jelajah Langkawi".Le tour de Langkawi ini ialah acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia semenjak tahun 1996. Namanya berasal dari titik permulaan di edisi-edisi terawalnya, di Langkawi, Kedah, tetapi ada edisi yang tidak diadakan di Langkawi. Perlumbaan ini merupakan sebahagian Lawatan Asia UCI.
Dalam perlumbaan/acara lumba basikal ini empat jersi menjadi rebutan dalam perlumbaan, iaitu pemenang perlumbaan; pemecut terbaik; king of the mountains dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, terdapat dua gelaran pasukan sebagai pengiktirafan kepada pasukan terbaik dan juga pasukan Asia terbaik.
Jelajah ini merupakan acara lumba basikal terbesar di Asia, dan juga satu-satunya di Asia yang ada dua hors catégorie..
Perlumbaan
Perlumbaan ini merupakan gagasan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, beserta Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel, berjaya dianjurkan buat julung kalinya pada tahun 1996. Pada edisi-edisi terawalnya, jelajah sentiasa bermula di Langkawi, tetapi kebelakangan ini tidak pula. Jelajah ini juga mengunjungi Sabah dan Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah kali ini. Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan kriterium 12 pusingan di Dataran Merdeka.
Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006. Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis terbuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini terpaksa tidak mengambil markah..
penamat
Pada pandangan saya kita perlu memperbanyakan lagi sukan bertaraf antarabangsa sebegini dan sebagainya,perlu memberi pendorongan terhadap anak muda negara kita untuk memupuk minat mereka terhadap sukan jikalau sedemekian penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaat-manfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment